Friday, August 13, 2010

KEBAIKAN SUSU KAMBING SEBAGAI MAKANAN BERKHASIAT





FAKTA UNIK MENGENAI SUSU KAMBING

  1. Kandungan kalsium dan potasium dalam susu kambing menolong mencegah osteoporosis atau kerapuhan tulang.
  2. Vitamin A dalam susu kambing membantu tumbesaran bayi dan kanak-kanak. Zat-zat galian yang terkandung dalam susu kambing juga mampu mengimbangi metabolisme, membina tulang dan gigi, membantu membina sel-sel darah, tisu-tisu badan serta membantu menajamkan fikiran dan peningkatan fungsi otak (bagi pelajar).
  3. Pengambilan susu kambing yang kerap menolong wanita mengembalikan zat besi semasa kedatangan haid setiap bulan, kekurangan darah (anemia), pendarahan semasa kehamilan serta pendarahan yang banyak selepas bersalin (pendarahan postpartum).
  4. Susu kambing membekalkan lemak sebagai pembakar dalam badan, protein untuk pertumbuhan otot, karbohidrat untuk tenaga dan zat galian untuk pembinaan badan.
  5. Susu kambing mengandungi asid nikotinik yang berfungsi membantu pencernaan, meningkatkan kesihatan pada kulit, kelihatan cantik dan berseri.
  6. Susu kambing mengawal sepenuhnya asid hidroklorik dalam perut, mengekalkan kekuatan pesakit dan meminimumkan ketegangan pada otot yang dijangkiti.
  7. Susu kambing juga sangat baik untuk penyakit ekzema (kegatalan pada kulit).
  8. Susu kambing mengandungi enzim, vitamin dan zat galian yang menolong mengawal metabolisme kolesterol.
  9. Selenium yang wujud dalam susu kambing sebenarnya adalah mineral yang amat penting dalam melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara punca utama kanser dan penyakit-penyakit kronik yang lain pada manusia. Melalui amalan pengambilan selenium setiap hari, didapati peratusan akan dihinggapi penyakit-penyakit tersebut berkurangan.
  10. Disyorkan kepada mereka yang mengalami beberapa penyakit seperti asma, demam kuning, hepatitis, radang sendi, batuk, rasa letih dan lesu, ulser, diabetes, hilang selera makan, migrain, buasir, sinus, cirit-birit dan bronkitis.

posted by ALIFF AGROTECH @ 4:35 PM  

1 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home