Saturday, April 18, 2009

Susu Kambing & Sunnah Rasulullah

Surah Al Nahl, ayat 66: Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.


Artikel di bawah ini adalah petikan, olahan & gubahan saya semula ke dalam Bahasa Melayu untuk disesuaikan dengan masyarakat Malaysia. Ini merupakan inisiatif saya, yang mana difikirkan penting untuk dikongsikan. Namun, untuk membaca artikel asal, sila layari http://www.rediesh.com/untuk-pengetahuan-anda/susu-kambing-sunnah-rasulullah-yang-telah-dilupakan yang bertajuk, "Susu Kambing, Sunnah Rasulullah yang Telah Dilupakan". Ditulis oleh Muslimah, 31 Oktober 2007.


***********

Susu kambing adalah minuman yang lebih berzat berbanding dengan susu lembu. Seringkali terdapat pelbagai rungutan tentang kesihatan yang kedengaran akibat meminum susu lembu. Di antara gangguan kesihatan akibat kerap meminum susu lembu ialah kegemukan, asma, infeksi paru-paru, alergi dan tuberkulosis.

Oleh itu, susu kambing dapat menjadi alternatif bagi peminum susu yang mempunyai alergi terhadap susu lembu. Ini kerana, mungkin terdapat hikmahnya terdapat riwayat-riwayat sahih tentang kehidupan Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabatnya, yang kita temui kisah mereka meminum susu kambing, dan bukan susu lembu!

Namun manfaat susu kambing sayangnya, masih belum disedari oleh kebanyakan kaum muslimin. Malahan, kita digalakkan untuk mempraktikan atau meneladani seluruh sikap dan perilaku sehari-hari Rasulullah termasuk kebiasaan makan dan minumnya.

Diantaranya ialah minuman Rasulullah SAW, adalah susu kambing segar. Susu tersebut akan terus diminum sesudah diperah dari ambing kambing. (Kisah dari Abdullah bin Masud pada masa remaja saat dia menggembalakan kambing milik Uqbah bin Muaith).

Namun, berapa peratus muslim di seluruh dunia ini yang punya kebiasaan meminum susu kambing? Atau lebih spesifik lagi ialah berapa peratus kaum muslimin di dunia ini yang tahu akan manfaat susu kambing? (Manfaat susu kambing sila BACA)

Namun dari data yang ada, menunjukkan susu kambing yang paling produktif dikeluarkan (dalam kg susu/ekor/tahun) adalah di negara Eropah iaitu Perancis (400), Rusia (125), Sepanyol (121), Itali (115), dan Rom (78). Di negara-negara muslim pula seperti Azebaijan (47), Iraq (35), Sudan (31), Turki (30), Pakistan (17) dan Indonesia (15). Namun, bagaimana produktiviti susu kambing di Malaysia?

Pada dasarnya, meminum susu ternakan digalakkan kerana ia berpotensi sebagai sumber protein dan kalsium yang sangat penting untuk kesihatan. Oleh itu, kerap kali doktor dan pakar kesihatan menganjurkan kita dan kanak-kanak untuk meminum susu setiap hari. Namun meminum susu segar bukan kebiasaan orang Melayu. Pelbagai alasan yang diberikan untuk menidakkan penolakan mereka meminum susu segar. Terutama, apabila ia berkaitan dengan kambing.

Namun, seorang ahli kesihatan yang mengkaji pengaruh pola makanan terhadap kesihatan dan proses jangkitan dan menyembuhkan berbagai jenis penyakit, Norman W. Walker, telah membuktikan bahawa susu, adalah bahan makanan yang paling banyak menimbulkan lendir di dalam tubuh manusia kecuali susu kambing segar. Beliau juga mendapati bahawa susu yang paling sesuai untuk dikonsumi (diminum) manusia, (selain bayi yang menyusu ibu) adalah susu kambing segar!

Allah SWT telah berfirman bahawa "susu adalah minuman yang disediakanNya bagi manusia" (QS. 16: 66, 23: 21). Allah juga menyebutkan bahawa :minuman susu itu mudah ditelan oleh manusia". Dalam istilah ilmu gizi & kesihatan, tentunya "mudah ditelan" ini bermaksud mempunyai erti fisiologi yang baik untuk kesihatan manusia.

Credit to : "esis_rie™" ( casserose. )

Labels:

posted by ALIFF AGROTECH @ 11:59 AM  

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home