Thursday, April 23, 2009

Pasar Segar Daging Kambing Muda - Satu Impian.



Salam Ternak ,

Hari ini di kalangan penternak khususnya Negeri Terengganu , budaya menjadikan ternakan kambing sebagai satu bidang usaha terkesan kepada kesuburan poket dan ekonomi secara komersial masih lagi kelihatan samar tanpa arah tuju yang jelas.

Menjual baka kah ? atau menjual daging segar ? atau kambing sembelihan akikah ? , atau jual susu ? ... masing-masing dengan arah tersendiri . mempunyai pandangan dan strategi pemasaran masing-masing tanpa satu arah yang jelas dan boleh dibanggakan di kalangan kita sebagai usahawan ternak untuk cetusan rasa membakar semangat untuk berjaya dalam industri ini.

Di Peringkat pasaran , kelemahan bekalan karkas kambing muda yang konsisten masih menjadi isu yang tak sudah-sudah , baik penternak individu , syarikat swasta , agensi kerajaan dan pertubuhan yang berkaitan , tanpa henti berusaha memainkan peranan agar bidang usaha ternakan kambing ini mampu memberi bekalan yang mencukupi ....

isu di sisi penternak pula ialah kemampuan membekal kambing dengan harga yang kompetatatif untuk di jual.



sebagai rujukan , Kambing Boer mampu menghasilkan sehingga 55% karkas secara keseluruhan dan boleh di jual pada usia 7-8 Bulan dengan berat badan sekitar 40Kg . tapi , berapakah harga jualan runcit yang mampu di tawarkan ? ,

bagaimana pula dengan baka lain ? kenapa pula jamnapari ? apakah justifikasinya ?

Pendapat peribadi saya melalui penelitian di kebanyakan ladang ternakan di Terengganu khususnya , nampaknya baka jamnapari menjadi pilihan , spesis baka berbulu lebat ini nampaknya menambat hati penternak disini dan menjadi pilihan jabatan verterinar untuk dibekalkan . Sebagai makluman , Baka ini tidak kurang mahal harganya . Dengan kos belian seekor penjantan jamnapari Pure yang ribu-ribu harganya akhirnya tidak akan membawa kemana...

berapakah nilai karkas yang mampu dihasilkan ? ..saya dimaklumkan oleh seorang pegawai veterinar ianya adalah disekitar 45% sahaja.

bagaimana pula dengan susunya ? Kenapa Jamnapari , tapi tidak kepada sannen ? ataupun setidak-tidaknya anglo nubian ...

saya tinggalkan persoalan di sini bagi mengakhiri celoteh santai ini . Ingatlah dan sedarlah , biarlah kita alah membeli , asalkan menang menjual . Tidak perlu di khuaturi jualan barang kita ...pasti akan dicari orang. Sebagai penternak berjiwa muda saya tetap berdiri atas konsep penternakan Membangunkan Program Biak Baka Boer Tempatan , Trading Kambing Akikah Feral dan Menjana hasil jualan susu Baka Sannen menjadi keutamaan.

biar apa jua tanggapan orang lain , pendirian saya harus di hormati. Jangan nanti Program Ternakan Kambing kita membuatkan kambing kita gemuk membesar tapi malangnya tuan punya semakin kurus melidi . Akhirnya Projek entah kemana , untungnya tidak seberapa , lalu mulalah kepala berserabut untuk melelong barang yang sedia ada.

Persoalan seterusnya dalam celoteh yang akan datang , bagaimana modal projek sebegini seharusnya benar-benar mencukupi bagi mengotakan janji yang dikata .... renung-renungkanlah !

credit to : Al-Falah Agroventures ( Gambar yang Cantik dan Menawan )

Labels:

posted by ALIFF AGROTECH @ 3:49 PM  

3 Comments:

  • At August 17, 2009 at 2:53 AM , Blogger PoKLi said...

    kalau sapa2 ada idaman nak berniaga emas.....nak bukak kedai emas.....nak menjadi jutawan emas......boleh la belajar dgn aku..........aku sudi mengajar.......menjadi jutawan emas.........kalau korang tak mampu......start kecik2 dulu asalkan berhasil........baru la bukak kedai emas.......

    ni ada satu Francais yg baru nak naik.......PUBLIC GOLD......

    aku share rahsia macam mana "BUAT DUIT DENGAN EMAS"..........bukan emas etika....emas yg penipu tapi real case

    EMAS KIJANG...UOB...DInar Kelantan....public GOLD.......

    dan ada extra ilmu yang dikongsi.........

    ramai dah jadi jutawan sekarang ni

    sebagai contoh ada hartanah nilai rm2 juta....pastu hutang ada 1 juta....kira jutawan la kan? aset vs liabiliti.......

    ada emas 10 kilo....fizikal emas....ni mesti dah jutawan....sbb nilai emas ni naikkkkk jer....Rm1.13mill harga harinih..


    kali ni aku nak share

    kongsi petua kepada pembaca BJ

    macam mana nak jadi JUTAWAN mcm POKLI.com

    jutawan hartanah & EMAS...real case....

    -bagaimana unlock your ASB....??????
    -unlock your potential tru RAHSIA tarikh lahir....?????
    -unlock your GOLD....???????
    -jadi jutawan hartanah & emas.....real.......!!!!!!!
    -beli emas dapat komisen w/p follow harga 5% atas harga www.kitco.com


    sharing is caring

    Admin
    Mentor Jutawan
    www.pokli.com

     
  • At November 30, 2012 at 1:37 AM , Blogger Don Jenal said...

    jom singgah blog saya, Projek Kambing Muda. perkongsian maklumat mengenai penternakan kambing yang saya jalankan.

    Projek Kambing Muda

     
  • At January 5, 2013 at 5:55 PM , Blogger Zainal Anuar Ruslan said...

    salam tuan blog. apabila saya membaca balik, tuan menimbulkan persoalan mengenai jamnapari. di sini, suka saya menegaskan bahawa saya tidak suka dengan baka jamnapari. badannya ramping, telinga dan bulunya panjang.

    walaupun ianya berdarah tropika juga, tapi saya lebih suka dengan baka Anglo-nubian. kenapa? disamping baka ini mempunyai darah tropika, ianya juga mempunyai warna yang gelap. pasaran sekarang, lebih suka melihat kambing dengan warna yang gelap. berbanding jamnapari yang warnanya kebanyakan putih ke warna krim.

    susuk badan anglo nubian ini lebih menarik daripada jamnapari. dan dalam perancangan projek kambing muda saya, grand parental yang saya gunakan adalah baka katjang dikacukkan dengan baka anglo nubian ini. tujuan saya buat sedemikian adalah untuk menghasilkan induk parental line yang dapat menghasilkan susu yang cukup untuk proses kacukkan seterusnya dengan maternal buck baka boer.

    bagi mendapatkan triple cross breed yang tahan lasak, mempunyai ADG yang baik untuk pasaran daging kambing muda yang dapat dijual seawal umur 5 ke 6 bulan. kos dapat dijimatkan, risiko dapat dijimatkan dan lebih cepat mendapat cash flow.

    jemput singgah ke blog saya, Projek Kambing Muda

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home